Membebel Time!
fenim fenim.. i labiu..hehe
puribellanim SWIFT

cute marguee

Monday, April 1, 2013

April Fool ? Bukan Untuk Kita !




     

     Assalamualaikum, Hello, Hai, Haluu, hihi. :D
Sudah lama amoy tidak berbicara dalam ni. Okay ! Hari ni amoy nk membebel la sikit. hihi. Kan dah lama tidak membebel. huhu. 

   Memandangkan hari ni 1/4/2013. Tepat la dengan entry amoy hari ni iaitu April Fool. haha. Kalau terasa, amoy mintak maaf. Bukan amoy yang pandai pandai nak buat pasal ni, tapi benda ni kena tahu, April Fool HARAM disisi Islam.

Okay, berbalik pada entry kita hari ni. . Baca la yea. Penat amoy buat taw !



April Fool? pastinya kita semua sering mendengar mengenai perayaan ini. Perayaan yang disambut pada setiap 1 April yang menghalalkan perbuatan menipu atau berbohong dengan tujuan gurauan dan memperbodohkan orang lain.
April Fool mungkin kelihatan menyeronokkan bagi sesetengah pihak. Hari tersebut dianggap sebagai hari untuk bergurau senda dengan kawan-kawan,saudara mara ataupun sesiapa sahaja dengan cara menipu. Tapi tahukah kita apakah disebalik perayaan april fool dan terfikirkah kita dengan kesan daripada kita menyambut perayaan ini?
Menurut sumber, April Fool merupakan sebuah perayaan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan melalui cara-cara penipuan. Perayaan April Fool bermula daripada satu episod sejarah tragedi besar yang menimpa kaum Muslimin di Sepanyol pada tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H. Oleh sebab itu, mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun ia dikaburi dengan alasan kononnya ia hanya sekadar suatu hiburan atau gurauan belaka.

Namun begitu, dukacita saya tanyakan, adakah kita semua tahu rahsia di sebalik April fool dan tidak marayakannya atau adakah kita hanya mengikut budaya barat dan menyambut perayaan ini?
Jika jawapan kita yang kedua. Maka kita adalah yang tergolong dalam golongan yang rugi. Kita adalah fool yang sebenarnya dan apa yang kita tahu hanyalah meniru perbuatan orang barat tanpa menyelidik itu dan ini semata. Oleh yang demikian, berhentilah mejadi orang yang menurut dan terikut-ikut sahaja,jadilah orang yang hebat,yang membina revolusi dan jauhkanlah diri kita dari di'fool'kan
Dalam sabda Rasulullah S.A.W pun, baginda akan bersabda mengenai perbuatan menikut-ikut ini.
"Kamu akan mengikuti sunnah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggakan jika mereka memasuki lubang biawak (dhab) nescaya kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya: Adakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani, wahai Rasulullah? Sabda Baginda SAW: Ya, siapa lagi kalau bukan mereka?" 
 [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]
April Fool ini tidak lain tidak bukan cumalah hari yang mendatangkan kerugian. jelas sekali impak perayaan ini adalah perkara yang buruk sahaja. Sesiapa sahaja pasti akan marah jika diperbodohkan,Malah ada banyak laporan yang menyatakan perbuatan ini ada yang menyebabkan saudara-mara mahupun kawan yang membunuh orang yang menipu kerana tidak dapat mengawal emosi.Bukan itu sahaja, April fool ini jelas sekali boleh menyebabkan seseorang akan hilang kepercayaannya terhadap orang lain. Pemikiran pun asyik bergfikir yang negatif sahaja mengenai orang lain.

Konklusinya, April Fool ini sudah terbukti tidak mempunyai apa-apa yang menarik dan mendatangkan faedah untuk kita sambut.
Jadi, Say No to April Fool!!










Thanks for reading this. LIKE if u like. Do comment too :)

Wednesday, August 8, 2012

Cantiknya Wanita Itu !





Assalamualaikum wbt. Hari ni amoy malas nak bebel panjang panjang.. Baca jelah cerita yang amoy tulis ni sampai habis ye.. :) Kalau suka sila LIKE or COMMENT ye.. hehe.

Senyuman itu dilemparkan seikhlas mungkin. Dalam hati hanya Tuhan sahaja yang tahu. Subhanallah! Cantiknya wanita yang tertutup itu. Walaupun hanya isyarat mata sahaja yang menandakan bahawa dia tersenyum, tapi ianya seakan memberikan ketenangan yang amat sangat. Sehelai purdah yang menutup wajahnya menyatakan bahawa dia seorang muslimah sejati. Ketakwaan yang sudah terbukti. Sosok itu cukup mengagumkan.
Dia tidak bergaya. Tidak berfesyen segala. Tapi, dia jelas kelihatan cantik walaupun dalam busana jubah dan jilbab. Kenapa dia kelihatan cantik sedangkan wajahnya tertutup dan bentuk badannya juga langsung tidak kelihatan?


Kerana waktu itu kita tidak memandang kecantikan luaran sebagai ukuran tetapi kita melihat peribadi seorang muslimah Islam. Walaupun masih beribu berjuta wanita yang cantik dengan Loreal, Maybelline, Bobby Brown dan sebagainya tapi yang cantik akhlak itu tidak berjuta. Boleh jadi satu dalam seribu.
Ini, dunia akhir zaman. Ini, dunia yang penuh dengan kepura-puraan. Jadi, mana lagi dapat dilihat wanita seperti itu? Wanita yag menjunjung perintah Tuhan dengan rasa penuh tawaduk tanpa menunggu 'keikhlasan' datang untuk berubah. Sebab berubah itu tidak menunggu ikhlas. Ianya antara mahu atau tidak.


Sungguh, tiada lagi kata-kata yang dapat menggambarkan peribadi seorang wanita solehah itu.
Sabda Rasulullah: "Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan paling indah ialah wanita solehah." (Hadis riwayat Muslim)
Subhanallah! Sedangkan Rasulullah sendiri bersabda sedemikian, apatah lagi manusia yang memandang? Betullah, kecantikan yang sebenar itu terlihat pada tutur kata yang berhikmah, akhlak yang indah, iman yang tidak goyah dan batas pergaulan yang dijaga rapi.
Ya Allah, dekatkanlah hati-hati kami supaya kami juga termasuk dalam golongan wanita seperti ini. Sesungguhnya tiada impian setinggi ini. Impian untuk menjadi wanita yang sentiasa dirahmati Allah. Insya-Allah.




Thanks for reading this. LIKE if u like. Do comment too :)

Mengapa Mesti Bersangka Baik?




Assalamualaikum wbt dan Salam 1 Malaysia.. Hari ni amoy sedih sebab pakwe amoy kalah dalam acara Men's Kierin semalam.. huhu tapi takpa dia sudah menjadi kebanggaan amoy.. No 6 di dunia woo... tapi No 1 di hati amoy.. hehe..Marah ekgi isteri dia kat rumah..haha :D Okay2..straight to the point. Mengapa kita perlu bersangka baik pada orang lain?? Nak tahu??? Kalau nak tahu mengapa kita mesti bersangka sila baca enrty ni sampai habis.. kalau rasa leceh tak payah baca.. Penat lol amoy tulis.



Tujuh sebab mengapa kita mesti bersangka baik;
Satu. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana mungkin kita mempunyai sijil-sijil kecemerlangan kokurikulum atau akademik, tetapi kita tidak memiliki 'sijil' yang mengatakan bahawa kita antara yang dijanjikan syurga seperti 10 sahabat Nabi.
Dua. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana manusia lain juga seperti kita yang mempunyai setiap detik peluang untuk berubah ke arah yang lebih baik. Mungkin semalam dia seorang yang kedekut tetapi tidak mustahil dalam sekelip mata, hari ini dia menjadi seorang yang pemurah dan mungkin tiada yang menyangka bahawa hari esok dialah yang paling ikhlas dalam memberi.





Tiga. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana semua kita adalah bersaudara. Andai hati sahaja mudah berprasangka, bagaimana mahu menebar bahagia?
Empat. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana percayalah setiap sesuatu yang berlaku pasti ada sebabnya. Usah mudah mengangkat jari telunjuk menghukum namun eratkan jemari membentuk persefahaman dan kesatuan hati.
Lima. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana diri sendiri bukan seorang yang maksum dan sepi daripada melakukan dosa. 
Enam. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana hanya Allah yang mengetahui segala isi hati orang lain. Adakah kita fikir kita seperti Tuhan yang boleh membaca isi hati orang lain? Na'uzubillah.
Tujuh. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana kita hanya seorang hamba yang mesti taat kepada Penciptanya. Husnuszonlah sentiasa selama masih bernyawa!

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain..."
(Surah al-Hujurat, ayat 12)

"Kenapa dia tak bertudung? Oh, mungkin kerana dia dibesarkan dalam suasana keluarga yang tidak menitikberatkan agama. Maka aku yang tahulah harus mengajaknya."
"Kenapa dia pulang ke universiti bersama seorang lelaki? Oh, mungkin itu abangnya kerana aku juga tidak mengenali siapa keluarganya. Atau mungkin sesuatu telah berlaku dalam perjalanan sehingga dia terpaksa menumpang lelaki tersebut."
"Kenapa dia ku rasakan makin menjauh tanpa sebarang SMS atau call? Oh, mungkin dia sedang sibuk menguruskan sesuatu. Aku sebagai sahabat mestilah memahaminya."
"Kenapa dia tak membalas senyumanku waktu berselisih ke kelas tadi? Oh, mungkin dia tidak perasan atau ada sesuatu yang membelenggu fikirannya waktu itu. Tidak mengapa, lain kali bisa memberi senyuman lagi."
"Kenapa dia mengumpat sedangkan dialah yang suka memberi tazkirah? Oh, dia juga seperti aku manusia yang sering melakukan kesilapan dan kadang-kadang terlupa. Aku dan dia sebagai sahabatlah yang mesti saling menasihati dan mengingatkan."

Seorang mukmin itu bersangka baik terhadap orang lain. Dihapuskan segala wasangka buruk yang terbit di dalam hati dengan alasan yang mungkin menjadi sebab sesuatu kelakuan dilakukan.
Dan seorang mukmin itu juga mempunyai sifat berhati-hati. Jangan bersangka baik tidak bertempat hingga meninggalkan langkah untuk berjaga-jaga.

Tatkala terbangun pada pukul 3 pagi, terdengar bunyi dari rumah jiran. Kelihatan susuk tubuh seorang lelaki yang bertopeng penuh di muka. Langsung tidak bertempat sangkaan baik mengandaikan bahawa tuan rumah yang bercuti di Pulau Langkawi baru sahaja pulang ke rumah sambil memakai topeng Spiderman sedang mengumpil pintu rumah sendiri.

Andai mulut tidak bisa berhenti daripada mengatakan sesuatu yang tidak berfaedah dan yang mungkin mengundang dosa, maka diam itu lebih baik.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia berkata akan yang baik atau hendaklah ia diam. Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan tamunya." (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)









Thanks for reading this. LIKE if u like. Do comment too :)

Mencintai Tuhan Kita Pasti Bertemu




Assalamualaikum wbt dan Salam 1 Malaysia bak kata Abg Jib.. haha.. :D eh eh silap la pulak.. Dato' Seri Najib la.. Hari ni amoy nak bagitahu pasal mencintai dan dicintai.Apa beda dua perkataan ni? Siapa boleh jawab?? Angkat aircond eh silap la.. haha :D Malas la nak bebel panjang panjang ni.. amoy puasa hari ni.. hehe. korang semua puasa tak?? Okay la straight to the point..



Dan tersulamlah simpulan seorang pemuda dan gadis. Mereka mencintai Tuhan mereka. Mereka tak pernah mahu rasa membuncah sebelum akadnya. Berusahalah. Usah penat dan lelah. Sungguh, pendam mereka pendam teragung.
Berlarilah bersama sebuah harapan. Disulam, bersama benih-benih ingatan. Kadang hati itu rasa mahu untuk mengetahui. Terkadang hati yang sama itulah, ingin benar untuk mengkhabarkan. Kerna lumrah yang berbolak balik. Ke atas dan ke bawah manapun, harapan itu tetap sama. Kerna telah wujud sebuah ingatan. Dan tanpa calar yang dalam, dan tanpa rentas syariat agamanya, maka sudah tentu hati berbicara pada suatu sudut yang berbeza. Mengorbankan rasa untuk sebuah gelojak serba dan salah.
Memegang erat-erat kalam Tuhan. Di dalamnya terdapat cahaya dan jalan untuk dipegang. Andai terjelepok, koreksilah jiwa. Andai mendekat, teruslah mengucup keredhaan Tuhan. Hanya jiwa-jiwa yang berharap tak pernah luntur, akan sentiasa mengorbankan rasa yang terpendam. Betapa hati itu bertemankan manik-manik tulus. Kerna menjauhi untuk menemui. Dan melalui hari-hari esok, dengan menyibukkan diri dari mengingati.





Doa itu tak pernah memudar. Warkah sepi tak pernah berbicara. Hanya Tuhan yang jadi saksi. Betapa perihnya usaha. Memperbaiki dan memperindah. Maksud sebenar seorang pemuda dan gadis yang bertuhankan Allah swt. Dan menafilah nama-nama yang jujurnya diharapkan. Kerna takut pada zina yang hina. Kerna ingin segalanya berbeza. Suatu hari, bertemu pada jasa-jasa kecil. Yang tidak ternampakkan oleh jiwa punya anggota. Tuhan kan takdirkan yang terindah untuk yang baik. Dan yang terbaik untuk yang meningkat jiwanya.
Harumlah bau-bau syurga, dek meminta ingatan itu menjauh. Sesekali terkenang, segera hati kecil minta didekatkan. Betapa jiwa itu lemah. Lumrah jiwa pemuda dan gadis yang ingin segalanya tanpa syubhah. Saat perasaan itu bertasbih, cinta yang terpelihara kan menghampirkan mereka.
Semoga, itulah lafaz yang ingin benar dilafazkan. Suatu hari, bergeraklah ke arahnya. Betapa cinta selepas akad itu terindah. Namun, sudah tentu doa-doa yang berharapkan kan bertemu. Untuk mereka yang memelihara diri dan nafsu. Berpisah menjauhi zina. Bertemu menyulam cinta terpelihara. Semoga berjaya.





                                                                 Engkaulah Tuhanku..
Allah Yang Maha Menyentuh Jiwa yang mahu disentuh..
Sekali disentuh oleh-Mu, ku kan jadi buta..
Pada mohon mulia tangan-tangan yang menyapa..
Dan daku bermohon..
Agar hatiku sentiasa tersentuh dek rahmat-Mu..
Untuk aku kekal ke rumah tasikku..
DEMI dan HANYA redha-Mu..
Takkan sesekali jiwaku tergugah!!










Thanks for reading this. LIKE if u like. Do comment too :)

Amalan Mulia di Bulan Mulia




Assalamualaikum wbt dan Salam 1 Malaysia.. hehe.. Hari ni amoy nak kongsi satu cerita di bualn yang mulia ni. Harap harap korang sudi membacanya.Kalau korang rasa uduh buruk, buat sendiri. hehe :P

     Sembilan belas hari dari bulan Ramadan sudah pun berlalu. Sudahkah kita maksimalkan untuk memanfaatkan bulan yang lebih mulia dari sebelas bulan lainnya? Sungguh sangat merugi bagi yang menyia-nyiakan bulan Ramadan.
Dalam sebuah riwayat, Allah Ta'ala menciptakan waktu-waktu istimewa dalam skala waktu yang tertentu. Dalam satu hari, ada waktu yang diistimewakan oleh Allah iaitu sepertiga malam yang terakhir.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud:-


"Rabb kita tabaroka wa ta'ala turun setiap malam ke langit dunia hingga tersisa sepertiga malam terakhir, lalu Dia berkata: 'Siapa yang berdoa pada-Ku, aku akan memperkenankan doanya. Siapa yang meminta pada-Ku, pasti akan Kuberi. Dan siapa yang meminta ampun pada-Ku, pasti akan Ku ampuni'." 

(Riwayat Bukhari no. 6321 dan Muslim no. 758)

Dalam satu minggu ada waktu yang diistimewakan Allah Ta'ala, iaitu hari Jumaat. Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabada:-

"Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya adalah hari Jum'at; pada hari ini Adam as diciptakan, pada hari ini (Adam Alaihissalam) dimasukkan ke dalam syurga, dan pada hari ini pula ia dikeluarkan dari syurga. Dan tidaklah kiamat akan terjadi kecuali pada hari ini." 

(Riwayat Muslim, no. 854)



Dalam satu bulan pun ada beberapa hari yang diistimewakan Allah Ta'ala, iaitu tiga hari (15, 16, 17) setiap bulannya. Didalamnya kita disunnahkan untuk berpuasa. Dari Abdullah bin 'Amr, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

"Puasalah tiga hari dari setiap bulan. Sesungguhnya amal kebajikan itu ganjarannya sepuluh kali lipat, seolah ia seperti berpuasa sepanjang masa." 

(Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud, dan an Nasai)


Terakhir adalah kelipatan setiap tahun. Dalam satu tahun ada satu bulan yang dimuliakan Allah Ta'ala. Didalamnya diturunkan Al-Quran untuk pertama kalinya. Di dalamnya pintu Syurga dibuka dan pintu Neraka ditutup. Didalamnya segala amal ibadah akan dilipatgandakan. Di dalamya jika kita panjatkan, maka akan diijabah. Tiada lain bulan tersebut adalah bulan Ramadan. Ya bulan yang kini kita sedang rasakan.
Sungguh beruntung bagi kita yang diberikan kesempatan untuk beribadah di dalam bulan Ramadan. Dalam sebuah riwayat, bahwa salah satu pintu surga ada yang bernama Ar-Rayan. Dalam hadist lain Rasulullah SAW bersabda:


"Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan karena iman dan mengharapkan pahala Allah maka diampuni dosanya yang terdahulu." 

(Riwayat Bukhari)


Dan pintu tersebut dikhususkan untuk orang- orang yang berpuasa. Selain itu, sesuai dengan akhir firman Allah la'allakum tattaquun. Sehingga hasil akhir dari puasa adalah meraih gelar taqwa. Semoga.
Ramadan seakan menjadi sarana yang paling isitmewa untuk menjadikan diri kita termasuk dari orang-orang yang bertaqwa. Bagaimana tidak? Hari demi harinya, jam demi jamnya, minit demi minitnya, detik demi detiknya menjadi waktu yang sangat istimewa dan sangat merugi kija kita lewatkan. Begitupun dengan Nabi dan para sahabatnya. Mereka tidak pernah melakukan di bulan Ramadan, kecuali amalan ibadah kepada Allah Ta'ala.
Kecintaan mereka terbukti dari kesedihan mereka ketika akan berpisah dengan bulan Ramadan. Seakan mereka ingin setiap bulan itu adalah bulan Ramadan. Selain itu terbukti dari do'a yang mereka amalkan 'Allahumma baarik lanaa Rajaaba wa Sya'baana wa ballighnaa Ramadhan.' Makna dari doa tersebut tiada lain adalah rasa harap akan jumpa dengan bulan Ramadan.

Di antara amalan Rasulullah pada bulan Ramadan sebagai berikut:-

1. Solat Tarawih
Tidak jauh berbeda dengan solat malam yang kita laksanakan di luar bulan Ramadhan. Perbezaannya mungkin hanya dalam pengamalannya, iaitu berjama'ah. Rasulullah SAW bersabda:-



"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan (shalat tarawih) atas dasar iman dan kesucian, diampuni segala dosanya yang terdahulu" 

(Riwayat Bukhari)


Selain solat sunat tarawih berjama'ah, juga biasanya dilasanakan setelah shalat Isya berjama'ah.

2. Membaca Al-Quran dan terjemahannya
Allah berfirman yang bermaksud:-



"Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil)." 

(Surah Al-Baqarah ayat 185)

Maka sayugianya kita memanfaatkan waktu kita di bulan Ramadan dengan membaca Al-Quran. Dalam sebuah hadist bahawa pahala setiap huruf Al-Quran yang kita baca adalah sepuluh.
Apalagi di bulan Ramadan yang penuh berkah, tentunya akan dilipat gandakan beberapa lipat. Selain itu jiwa dan hati mereka yang mengamalkan akan selalu dalam keadaan tenang. Rasulullah SAW bersabda:-

"Orang-orang yang berkumpul dalam masjid dan mereka membaca Al-Quran dan mempelajarinya bersama-sama, maka kepada mereka aan diturukan ketenengan jiwa, dilimpahkan rahmat, dikelilingi malaikat dab nereja disebut-sebut Allah di antara orang sekitarnya.." 

(Riwayat Bukhari)

3. I'tikaf di Masjid
Sebuah kegiatan yang dilaksanakan di dalam masjid. Kegiatan ini diisi dengan beberapa amalan ibadah lainnya, seperti tilawah Al-Quran, dzikir, mendirikan shalat sunnah dan lain sebagainya. Dalam sebuah riwayat, Rasulullah SAW selalu melaksanakan I'tikaf. Apalagi di sepuluh hari terakhir bulan Ramadan.

Hal tersebut terlihat dari sebuah hadist yang diriwayatkan dari 'Aisyah ra. bahwa Rasulullah SAW ketika menyisir, beliau hanya mengeluarkan kepalanya saja agar bisa disisirkan oleh isterinya. Sedangkan badannya masih ada di dalam masjid agar tetap dalam keadaan I'tikaf.

4. Shadaqah
Shadaqah juga merupakan salah satu amalan mulia yang sangat-sangat digalakkan oleh Islam. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-


"Shadaqah yang paling utama (afdhal)adalah shadaqah di bulan Ramadan." 

(HR Tirmizi)

Dalam hadist tersebut sudah jelas makna dan apa yang harus kita lakukan. Jika seperti itu, pasti di balik amalan ibadah tersebut ada pahala yang berlipat-lipat. Jadi tidak aneh lagi jika di bulan Ramadan ini, dengan mudah kita dapati orang-orang baik yang mengeluarkan hartanya untuk sedekah.
Mungkin tak usah jauh kita ke Indonesia. Di sekitar kita, khususnya di masjid-masjid, baik besar atau pun kecil akan menyediakan ma'idatu Rohman (Hidangan kasih sayang). Di jalan-jalan pun demikian. Tidak sedikit orang-orang Mesir, ketika mendekati waktu maghrib mereka bersiap di sisi jalan untuk memberikan makanan atau minuman kepada mereka yang berada dalam perjalanan (kenderaan). Serta tidak jarang, di antara kita (masisir) ada yang mendapatkan daging firah setiap hari untuk buka puasa.
Hal tersebut tiada lain, sebuah rasa sadar terhadap keberkahan Ramadan. Mereka benar-benar tak ingin tertinggalkan keberkahan bulan tersebut. Kerana mereka tahu, tidak ada jaminan untuk tahun depan kembali lagi bertemu dengan bulan suci Ramadan.
Semoga dengan mengamalkan amalan-amalan ibadah di atas dan amalan yang lainnya, kita termasuk orang-orang yang mendapatkan tujuan puasa tersebut. La'allakum tattaquun, iaitu predikat bertaqwa. Allah berfirman yang maksudnya:

"Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah yang paling taqwa di antara kamu" 

(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Ketika kita bertaqwa, kita pun akan menjadi orang yang paling mulia di hadapan Allah Ta'ala. Kita lihat seseorang yang dimuliakan oleh orang tuanya. Mereka diberi sebelum meminta, kebutuhannya selalu terpenuhi, hari-harinya tak lepas dari kasih sayang, selalu dilindungi. Itu mulia di hadapan manusia, apalagi di hadapan Allah Ta'ala?















Thanks for reading this. LIKE if u like. Do comment too :)

Thursday, February 16, 2012

Nota Kecil Yang Serba-serbi Ringkasnya

salam ziarah....


sedikit gula-gula yang jatuh daripada pokok sena . secebis kata daripada seorang manusia yang baru aku kenal dan masih lagi tidak tahu raut mukanya ,  
Charles Caleb Colton berkata ,
"Manusia melakukan segalanya untuk agama; menulis untuknya, berjuang untuknya - kecuali hidup untuknya."



semoga sepanjang tulisan ini berjalan sentiasa dibimbing oleh tangan ilahi yang sudi menyambut daku yang selalu berlaku lalai dan leka dengan mainan duniawi . harapan , dakwat yang ditinta dapat memberi pesanan kepada diri ini untuk mengamalkan apa yang ditulis .


jadikan ad-din itu sebagai gaya hidup yang memberi jernih dalam mengharungi liku yang keruh .semoga nota kecil ini memberi manfaat kepada mereka yang membacanya .








Thanks for reading this. LIKE if u like. Do comment too :)

Ini Tinta Untuk Perindu Yang Memberi Rindu


salam ziarah...





ini cuma karangan biasa-biasa kepada seorang yang luar biasa akhlaknya . seorang perindu yang sejati yang tidak akan pernah kalah dengan rindu penyair di dalam setiap arca bait-baitnya . luar biasanya rindu seorang ini ialah hamba ilahi yang teragung , tika dilahirkan bintang-bintang turut bersujud di kelahirannya , langit turut menangis jika hatinya berduka , awan memberi payung yang memuliakan kepalanya daripada sengatan sang matahari dan tanah turut bergetar melihat bengkak kakinya yang setia bercumbu dengan janji tuhan .


engkau manusia agung , seorang hamba ilahi yang memberi ceria kepada kami dengan setiap akhlakmu yang terpuji . al-amin yang mereka sebut-sebutkan itulah yang memberi cinta seantero alam , nur yang menutup era silam yang menggelapkan bayang kejahilan .



***************************************************************

"Aku sangat rindu untuk bertemu dengan saudara-saudaraku",
.
“Apakah maksudmu berkata demikian, wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu?”  Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut pikiran.
“Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan),” suara Rasulullah bernada rendah.
“Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah,” kata seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian Baginda bersuara,
“Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka.”

****************************************************************** 

engkau seorang lelaki yang istimewa , kuat merindui kami , menangis bersama kami tika kami melalui jalan yang sempit itu . cinta yang memberi tangis itulah pengorbanan yang kami ingat . kadang-kadang , kami juga lupa . lalai . alpa . namun , tika engkau bersungguh-sungguh melaungkan kerinduan itu . lutut kami berlaga , getar hati kami bertambah laju , bibir diketap dan mata diselimuti cecair hangat .

Ummati , Ummati , Ummati 

masakan tidak , Umar tidak dapat menerima kenyataan apabila engkau meninggalkan kami , engkau terlalu agung wahai hamba ilahi . berlebih lagi kesedihan Abu Bakar , teman setia yang paling engkau cintai itu . air matanya sahaja mampu memberi tasik yang mampu merebahkan Umar yang tegas itu , terjerumus ke dalam pasir yang engkau selalu sujud menghadap tuhan yang satu .


engkau memperkenalkan kami kepada arkitek yang maha bijaksana , Dia memerintahkan engkau mengajar kami menjadi hamba ilahi , ya , hamba seperti mu . engkau suri teladan yang baik , engkau memberi sinar yang lebih kadar intensiti cahaya matahari dan engkau seorang utusan yang memberi nota-nota cinta kepada kami untuk terus memberi cinta kepada tuhan , membalas kembali rindu kepada engkau .






************************************************

”Siapakah yang paling ajaib imannya?” 


“Malaikat,” jawab sahabat.

“Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah,” 

 “Para nabi.”

“Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka.”

“Mungkin kami,” celah seorang sahabat.

“Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau,”

“Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui,”

“Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku, 

******************************************************************


Tinta ini untuk engkau , wahai Rasulullah , Muhammad Bin Abdullah . mari membasah lidah dengan berselawat ke atasnya . semoga rindu itu sentiasa memberi kita rindu yang sama kepadanya juga . 






Thanks for reading this. LIKE if u like. Do comment too :)

Cinta Yang Berupa Awan Hitam

salam ziarah...

Sabda Rasulullah S.A.W. : 
"Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman : (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".

Ini sebuah monolog fiksyen yang hadir dalam hati . Di kala encik hati sedang mengusik pipi lelaki itu , dia memandang tenang ke langit . Langit biru yang sentiasa memberi lambaian , menenangkan jiwa-jiwa di dunia dengan kanvas yang dinukil oleh pelukis yang maha bijaksana . Burung-burung yang biasa terbang dekat dengan permukaan langit itu sahaja yang tahu berzikir selalu , juga manusia yang tinggal di atas bumi yang selalu rindu kepada tuhannya .


Hati memulakan monolog , mahu bertanya . Lelaki itu tenang-tenang menutur kata memberi izin . Hati yang malu-malu melontarkan limpahan soalan . Ia bukan limpahan sebenarnya , soalannya cuma satu . Tetapi soalan itu sangatlah besar maknanya sehinggakan sebuah empangan jawapan tidak mencukupi untuk menjawab satu soalan manis itu .

Lelaki itu memberi senyum . Senyum yang orang baru usai menatap mahakarya agung Tuhan yang kekal abadi . Cinta itu seperti apa ?

Cinta itu segumpal awan hitam . Awan hitam yang gumpalannya besar dengan gelap warnanya yang terapung di langit yang biru .





Apabila datang awan hitam itu di atas kepala seseorang di kala langit yang cerah birunya . Ia memberi kita rasa resah gelisah . Adakah awan hitam itu mahu menurunkan hujan ataupun kilat yang sabung menyabung . Itu terpulang kepada Tuhan yang memberi izin . Ya , itu pasti . dengan turunnya hujan , cinta kita kepada seseorang itu terbalas manakala kilat yang bising itu , menghancurkan hati kerna cinta yang diberi , telah ditolak .


Itulah yang terjadi tika seseorang itu bercinta kepada pasangan fitrahnya . Awan hitam akan mengikutinya di atas kepala . Sehinggalah satu jawapan itu keluar , sama ada membasahi kepala dengan turunnya hujan atau meluruhkan jantung dengan dentuman kilat yang bising . Awan hitam itu akan beredar dengan sendiri meresapi dalam hati .

Namun , di saat orang itu dipanah cinta , awan hitam yang mengekorinya akan sentiasa memberi redup kepada kepalanya ; memberi harapan yang orang itu akan ada niat yang sama juga , berdoa meminta kepada tuhan supaya air rezeki itu turun dengan lebatnya diikuti pelangi yang memberi tujuh warna spektrum .





Encik hati mengangguk-angguk . Ada sedikit kagum yang dipamerkan . Cinta itu seperti awan hitam yang sentiasa mengekori manusia itu . Adakah mesti hujan itu turun atau kilat datang , itu urusan peribadi tuhan yang maha tunggal .


Kamu tahu apa yang lebih indah selain daripada mengharapkan hujan turun daripada awan hitam itu ? Ianya dengan berharap awan hitam itu akan lesap tanpa turunnya hujan dan kilat yang berdentum .


Encik hati berasa aneh sekali . Pusaran persoalan mula bermain di mindanya . Kerutan beribu tanda soal jelas menjadi pameran .


Tika awan hitam itu turun meredup atau cinta yang hadir dalam hati seseorang , dia akan sentiasa berharap supaya hatinya dapat memberi bisikan harapan kepada si dia ; terimalah hati ini dan jadikanlah aku kekasihmu . Penantian itu akan berlalu lama hanya disebabkan hati yang malu-malu meluahkan perasaan kepada si dia .




Malu meluahkan perasaan itu satu penyeksaan . Itu jelas sekali dalam setiap lagu cinta yang diputar di media massa . Penyeksaan itu akan berlanjutan dengan terpendamnya perasaan itu yang buatkan awan hitam itu sentiasa mengekori kita , mencipta harapan ; sukalah aku , sukalah aku , sukalah aku .


Namun , jika dipendam terlalu lama juga , muatan di dalam awan hitam itu juga akan muntah dengan sendirinya . Bukankan hujan yang hadir , sebuah ribut taufan yang merosakkan ekosistem . Hati dimabukkan dengan cinta yang sentiasa terpendam , sehinggakan tiada lagi tempat dalam hati itu untuk diisi oleh pemilik hati yang agung .

Hati yang diberi oleh pemilliknya , lalai dan alpa dengan kemabukan daripada cecair alkohol bergelar cinta . Namun , untuk melarikan diri daripada kemabukan badai itu , perlukan larian yang padu , mengelak awan hitam itu hadir memberi redup atas kepala .

Itu kerja mustahil kerna itu kerja Tuhan . Tidak boleh larikan diri daripada cinta , malah kita yang kena mengejar cinta itu . Bagaimana ? Awan hitam itu sudah pun di atas kepala , bagaimana mahu mengejar cinta itu lagi ?





Dengan melompat dan memegang awan hitam itu . Aneh . Ia aneh . Dengan cara melompat dan memegang awan hitam itu , engkau akan dapat melihat wajah pemberi cinta yang hakiki . Dengan merenung cinta yang hadir di kala engkau sedang melihat pasangan fitrahmu , renung sekali dan beri renungan yang lama-lama kepada pemilik hati ini . Fikir dan fikir mengapa cinta itu perlu datang .


Kerna Tuhan mahu tahu yang cinta yang Dia beri itu bukan untuk engkau mabukkan sendirian dan mabukkan berdua-duaan . Ia sebuah hadiah untuk engkau sempurnakan agama dalam mengenal siapakah pencipta di sebalik awan hitam itu . Awan yang memberi rasa pelbagai ; rasa resah gelisah , rasa harapan dan rasa manis yang banyak .

Pegang awan hitam itu usai engkau melompat . Pegang baik-baik awan itu . Lihat apa yang di atas awan itu , disebalik redupnya awan hitam , engkau melihat wajah tuhan yang memberi senyum untuk manusia yang berfikir dan beryukur dengan pemberian itu ; sebuah hadiah yang berupa manis dan comel untuk engkau sentuh dan bernafas . Untuk mengajak engkau kenal denganNya . Pemilik awan hitam yang redup .



Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka):sesungguhnya Aku (Allah) dekat (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. 
          al-Baqarah , ayat 186 




Jika engkau mendapat turunnya hujan ,

biarkan hujan itu turun membasahi bumi dengan warna pelanginya yang kekal ,
tetapi itu fenomena mustahil kerna pelangi itu akan luntur warnanya ,
luntur warnanya disebabkan suria yang menjengah ,
suria cantik yang mampu memberi cinta ,


Namun itu tidak kekal dan ia bergantikan dengan sinar gemerlapan bulan ,

itu juga bukan cinta kerna putih bulan itu tidak kekal ,
bagaikan Ibrahim yang sedang merenung atas ,
cinta yang sebenarnya ada disebalik langit yang luas ,
bagaikan hati rabiatul adawiyah yang kaya dengan tanah di dahinya ,
mengenal tuhan , pemberi cinta dan pemilik hati .

p/s : bukan sengaja ditulis pada hari ini , cuma ilhamnya turun ikut lintasan hati . >_< 







Thanks for reading this. LIKE if u like. Do comment too :)

KakiBlog