Membebel Time!
fenim fenim.. i labiu..hehe
puribellanim SWIFT: August 2012

cute marguee

Wednesday, August 8, 2012

Cantiknya Wanita Itu !





Assalamualaikum wbt. Hari ni amoy malas nak bebel panjang panjang.. Baca jelah cerita yang amoy tulis ni sampai habis ye.. :) Kalau suka sila LIKE or COMMENT ye.. hehe.

Senyuman itu dilemparkan seikhlas mungkin. Dalam hati hanya Tuhan sahaja yang tahu. Subhanallah! Cantiknya wanita yang tertutup itu. Walaupun hanya isyarat mata sahaja yang menandakan bahawa dia tersenyum, tapi ianya seakan memberikan ketenangan yang amat sangat. Sehelai purdah yang menutup wajahnya menyatakan bahawa dia seorang muslimah sejati. Ketakwaan yang sudah terbukti. Sosok itu cukup mengagumkan.
Dia tidak bergaya. Tidak berfesyen segala. Tapi, dia jelas kelihatan cantik walaupun dalam busana jubah dan jilbab. Kenapa dia kelihatan cantik sedangkan wajahnya tertutup dan bentuk badannya juga langsung tidak kelihatan?


Kerana waktu itu kita tidak memandang kecantikan luaran sebagai ukuran tetapi kita melihat peribadi seorang muslimah Islam. Walaupun masih beribu berjuta wanita yang cantik dengan Loreal, Maybelline, Bobby Brown dan sebagainya tapi yang cantik akhlak itu tidak berjuta. Boleh jadi satu dalam seribu.
Ini, dunia akhir zaman. Ini, dunia yang penuh dengan kepura-puraan. Jadi, mana lagi dapat dilihat wanita seperti itu? Wanita yag menjunjung perintah Tuhan dengan rasa penuh tawaduk tanpa menunggu 'keikhlasan' datang untuk berubah. Sebab berubah itu tidak menunggu ikhlas. Ianya antara mahu atau tidak.


Sungguh, tiada lagi kata-kata yang dapat menggambarkan peribadi seorang wanita solehah itu.
Sabda Rasulullah: "Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan paling indah ialah wanita solehah." (Hadis riwayat Muslim)
Subhanallah! Sedangkan Rasulullah sendiri bersabda sedemikian, apatah lagi manusia yang memandang? Betullah, kecantikan yang sebenar itu terlihat pada tutur kata yang berhikmah, akhlak yang indah, iman yang tidak goyah dan batas pergaulan yang dijaga rapi.
Ya Allah, dekatkanlah hati-hati kami supaya kami juga termasuk dalam golongan wanita seperti ini. Sesungguhnya tiada impian setinggi ini. Impian untuk menjadi wanita yang sentiasa dirahmati Allah. Insya-Allah.




Thanks for reading this. LIKE if u like. Do comment too :)

Mengapa Mesti Bersangka Baik?




Assalamualaikum wbt dan Salam 1 Malaysia.. Hari ni amoy sedih sebab pakwe amoy kalah dalam acara Men's Kierin semalam.. huhu tapi takpa dia sudah menjadi kebanggaan amoy.. No 6 di dunia woo... tapi No 1 di hati amoy.. hehe..Marah ekgi isteri dia kat rumah..haha :D Okay2..straight to the point. Mengapa kita perlu bersangka baik pada orang lain?? Nak tahu??? Kalau nak tahu mengapa kita mesti bersangka sila baca enrty ni sampai habis.. kalau rasa leceh tak payah baca.. Penat lol amoy tulis.



Tujuh sebab mengapa kita mesti bersangka baik;
Satu. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana mungkin kita mempunyai sijil-sijil kecemerlangan kokurikulum atau akademik, tetapi kita tidak memiliki 'sijil' yang mengatakan bahawa kita antara yang dijanjikan syurga seperti 10 sahabat Nabi.
Dua. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana manusia lain juga seperti kita yang mempunyai setiap detik peluang untuk berubah ke arah yang lebih baik. Mungkin semalam dia seorang yang kedekut tetapi tidak mustahil dalam sekelip mata, hari ini dia menjadi seorang yang pemurah dan mungkin tiada yang menyangka bahawa hari esok dialah yang paling ikhlas dalam memberi.





Tiga. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana semua kita adalah bersaudara. Andai hati sahaja mudah berprasangka, bagaimana mahu menebar bahagia?
Empat. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana percayalah setiap sesuatu yang berlaku pasti ada sebabnya. Usah mudah mengangkat jari telunjuk menghukum namun eratkan jemari membentuk persefahaman dan kesatuan hati.
Lima. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana diri sendiri bukan seorang yang maksum dan sepi daripada melakukan dosa. 
Enam. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana hanya Allah yang mengetahui segala isi hati orang lain. Adakah kita fikir kita seperti Tuhan yang boleh membaca isi hati orang lain? Na'uzubillah.
Tujuh. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana kita hanya seorang hamba yang mesti taat kepada Penciptanya. Husnuszonlah sentiasa selama masih bernyawa!

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain..."
(Surah al-Hujurat, ayat 12)

"Kenapa dia tak bertudung? Oh, mungkin kerana dia dibesarkan dalam suasana keluarga yang tidak menitikberatkan agama. Maka aku yang tahulah harus mengajaknya."
"Kenapa dia pulang ke universiti bersama seorang lelaki? Oh, mungkin itu abangnya kerana aku juga tidak mengenali siapa keluarganya. Atau mungkin sesuatu telah berlaku dalam perjalanan sehingga dia terpaksa menumpang lelaki tersebut."
"Kenapa dia ku rasakan makin menjauh tanpa sebarang SMS atau call? Oh, mungkin dia sedang sibuk menguruskan sesuatu. Aku sebagai sahabat mestilah memahaminya."
"Kenapa dia tak membalas senyumanku waktu berselisih ke kelas tadi? Oh, mungkin dia tidak perasan atau ada sesuatu yang membelenggu fikirannya waktu itu. Tidak mengapa, lain kali bisa memberi senyuman lagi."
"Kenapa dia mengumpat sedangkan dialah yang suka memberi tazkirah? Oh, dia juga seperti aku manusia yang sering melakukan kesilapan dan kadang-kadang terlupa. Aku dan dia sebagai sahabatlah yang mesti saling menasihati dan mengingatkan."

Seorang mukmin itu bersangka baik terhadap orang lain. Dihapuskan segala wasangka buruk yang terbit di dalam hati dengan alasan yang mungkin menjadi sebab sesuatu kelakuan dilakukan.
Dan seorang mukmin itu juga mempunyai sifat berhati-hati. Jangan bersangka baik tidak bertempat hingga meninggalkan langkah untuk berjaga-jaga.

Tatkala terbangun pada pukul 3 pagi, terdengar bunyi dari rumah jiran. Kelihatan susuk tubuh seorang lelaki yang bertopeng penuh di muka. Langsung tidak bertempat sangkaan baik mengandaikan bahawa tuan rumah yang bercuti di Pulau Langkawi baru sahaja pulang ke rumah sambil memakai topeng Spiderman sedang mengumpil pintu rumah sendiri.

Andai mulut tidak bisa berhenti daripada mengatakan sesuatu yang tidak berfaedah dan yang mungkin mengundang dosa, maka diam itu lebih baik.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia berkata akan yang baik atau hendaklah ia diam. Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan tamunya." (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)









Thanks for reading this. LIKE if u like. Do comment too :)

Mencintai Tuhan Kita Pasti Bertemu




Assalamualaikum wbt dan Salam 1 Malaysia bak kata Abg Jib.. haha.. :D eh eh silap la pulak.. Dato' Seri Najib la.. Hari ni amoy nak bagitahu pasal mencintai dan dicintai.Apa beda dua perkataan ni? Siapa boleh jawab?? Angkat aircond eh silap la.. haha :D Malas la nak bebel panjang panjang ni.. amoy puasa hari ni.. hehe. korang semua puasa tak?? Okay la straight to the point..



Dan tersulamlah simpulan seorang pemuda dan gadis. Mereka mencintai Tuhan mereka. Mereka tak pernah mahu rasa membuncah sebelum akadnya. Berusahalah. Usah penat dan lelah. Sungguh, pendam mereka pendam teragung.
Berlarilah bersama sebuah harapan. Disulam, bersama benih-benih ingatan. Kadang hati itu rasa mahu untuk mengetahui. Terkadang hati yang sama itulah, ingin benar untuk mengkhabarkan. Kerna lumrah yang berbolak balik. Ke atas dan ke bawah manapun, harapan itu tetap sama. Kerna telah wujud sebuah ingatan. Dan tanpa calar yang dalam, dan tanpa rentas syariat agamanya, maka sudah tentu hati berbicara pada suatu sudut yang berbeza. Mengorbankan rasa untuk sebuah gelojak serba dan salah.
Memegang erat-erat kalam Tuhan. Di dalamnya terdapat cahaya dan jalan untuk dipegang. Andai terjelepok, koreksilah jiwa. Andai mendekat, teruslah mengucup keredhaan Tuhan. Hanya jiwa-jiwa yang berharap tak pernah luntur, akan sentiasa mengorbankan rasa yang terpendam. Betapa hati itu bertemankan manik-manik tulus. Kerna menjauhi untuk menemui. Dan melalui hari-hari esok, dengan menyibukkan diri dari mengingati.





Doa itu tak pernah memudar. Warkah sepi tak pernah berbicara. Hanya Tuhan yang jadi saksi. Betapa perihnya usaha. Memperbaiki dan memperindah. Maksud sebenar seorang pemuda dan gadis yang bertuhankan Allah swt. Dan menafilah nama-nama yang jujurnya diharapkan. Kerna takut pada zina yang hina. Kerna ingin segalanya berbeza. Suatu hari, bertemu pada jasa-jasa kecil. Yang tidak ternampakkan oleh jiwa punya anggota. Tuhan kan takdirkan yang terindah untuk yang baik. Dan yang terbaik untuk yang meningkat jiwanya.
Harumlah bau-bau syurga, dek meminta ingatan itu menjauh. Sesekali terkenang, segera hati kecil minta didekatkan. Betapa jiwa itu lemah. Lumrah jiwa pemuda dan gadis yang ingin segalanya tanpa syubhah. Saat perasaan itu bertasbih, cinta yang terpelihara kan menghampirkan mereka.
Semoga, itulah lafaz yang ingin benar dilafazkan. Suatu hari, bergeraklah ke arahnya. Betapa cinta selepas akad itu terindah. Namun, sudah tentu doa-doa yang berharapkan kan bertemu. Untuk mereka yang memelihara diri dan nafsu. Berpisah menjauhi zina. Bertemu menyulam cinta terpelihara. Semoga berjaya.





                                                                 Engkaulah Tuhanku..
Allah Yang Maha Menyentuh Jiwa yang mahu disentuh..
Sekali disentuh oleh-Mu, ku kan jadi buta..
Pada mohon mulia tangan-tangan yang menyapa..
Dan daku bermohon..
Agar hatiku sentiasa tersentuh dek rahmat-Mu..
Untuk aku kekal ke rumah tasikku..
DEMI dan HANYA redha-Mu..
Takkan sesekali jiwaku tergugah!!










Thanks for reading this. LIKE if u like. Do comment too :)

Amalan Mulia di Bulan Mulia




Assalamualaikum wbt dan Salam 1 Malaysia.. hehe.. Hari ni amoy nak kongsi satu cerita di bualn yang mulia ni. Harap harap korang sudi membacanya.Kalau korang rasa uduh buruk, buat sendiri. hehe :P

     Sembilan belas hari dari bulan Ramadan sudah pun berlalu. Sudahkah kita maksimalkan untuk memanfaatkan bulan yang lebih mulia dari sebelas bulan lainnya? Sungguh sangat merugi bagi yang menyia-nyiakan bulan Ramadan.
Dalam sebuah riwayat, Allah Ta'ala menciptakan waktu-waktu istimewa dalam skala waktu yang tertentu. Dalam satu hari, ada waktu yang diistimewakan oleh Allah iaitu sepertiga malam yang terakhir.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud:-


"Rabb kita tabaroka wa ta'ala turun setiap malam ke langit dunia hingga tersisa sepertiga malam terakhir, lalu Dia berkata: 'Siapa yang berdoa pada-Ku, aku akan memperkenankan doanya. Siapa yang meminta pada-Ku, pasti akan Kuberi. Dan siapa yang meminta ampun pada-Ku, pasti akan Ku ampuni'." 

(Riwayat Bukhari no. 6321 dan Muslim no. 758)

Dalam satu minggu ada waktu yang diistimewakan Allah Ta'ala, iaitu hari Jumaat. Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabada:-

"Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya adalah hari Jum'at; pada hari ini Adam as diciptakan, pada hari ini (Adam Alaihissalam) dimasukkan ke dalam syurga, dan pada hari ini pula ia dikeluarkan dari syurga. Dan tidaklah kiamat akan terjadi kecuali pada hari ini." 

(Riwayat Muslim, no. 854)



Dalam satu bulan pun ada beberapa hari yang diistimewakan Allah Ta'ala, iaitu tiga hari (15, 16, 17) setiap bulannya. Didalamnya kita disunnahkan untuk berpuasa. Dari Abdullah bin 'Amr, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

"Puasalah tiga hari dari setiap bulan. Sesungguhnya amal kebajikan itu ganjarannya sepuluh kali lipat, seolah ia seperti berpuasa sepanjang masa." 

(Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud, dan an Nasai)


Terakhir adalah kelipatan setiap tahun. Dalam satu tahun ada satu bulan yang dimuliakan Allah Ta'ala. Didalamnya diturunkan Al-Quran untuk pertama kalinya. Di dalamnya pintu Syurga dibuka dan pintu Neraka ditutup. Didalamnya segala amal ibadah akan dilipatgandakan. Di dalamya jika kita panjatkan, maka akan diijabah. Tiada lain bulan tersebut adalah bulan Ramadan. Ya bulan yang kini kita sedang rasakan.
Sungguh beruntung bagi kita yang diberikan kesempatan untuk beribadah di dalam bulan Ramadan. Dalam sebuah riwayat, bahwa salah satu pintu surga ada yang bernama Ar-Rayan. Dalam hadist lain Rasulullah SAW bersabda:


"Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan karena iman dan mengharapkan pahala Allah maka diampuni dosanya yang terdahulu." 

(Riwayat Bukhari)


Dan pintu tersebut dikhususkan untuk orang- orang yang berpuasa. Selain itu, sesuai dengan akhir firman Allah la'allakum tattaquun. Sehingga hasil akhir dari puasa adalah meraih gelar taqwa. Semoga.
Ramadan seakan menjadi sarana yang paling isitmewa untuk menjadikan diri kita termasuk dari orang-orang yang bertaqwa. Bagaimana tidak? Hari demi harinya, jam demi jamnya, minit demi minitnya, detik demi detiknya menjadi waktu yang sangat istimewa dan sangat merugi kija kita lewatkan. Begitupun dengan Nabi dan para sahabatnya. Mereka tidak pernah melakukan di bulan Ramadan, kecuali amalan ibadah kepada Allah Ta'ala.
Kecintaan mereka terbukti dari kesedihan mereka ketika akan berpisah dengan bulan Ramadan. Seakan mereka ingin setiap bulan itu adalah bulan Ramadan. Selain itu terbukti dari do'a yang mereka amalkan 'Allahumma baarik lanaa Rajaaba wa Sya'baana wa ballighnaa Ramadhan.' Makna dari doa tersebut tiada lain adalah rasa harap akan jumpa dengan bulan Ramadan.

Di antara amalan Rasulullah pada bulan Ramadan sebagai berikut:-

1. Solat Tarawih
Tidak jauh berbeda dengan solat malam yang kita laksanakan di luar bulan Ramadhan. Perbezaannya mungkin hanya dalam pengamalannya, iaitu berjama'ah. Rasulullah SAW bersabda:-



"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan (shalat tarawih) atas dasar iman dan kesucian, diampuni segala dosanya yang terdahulu" 

(Riwayat Bukhari)


Selain solat sunat tarawih berjama'ah, juga biasanya dilasanakan setelah shalat Isya berjama'ah.

2. Membaca Al-Quran dan terjemahannya
Allah berfirman yang bermaksud:-



"Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil)." 

(Surah Al-Baqarah ayat 185)

Maka sayugianya kita memanfaatkan waktu kita di bulan Ramadan dengan membaca Al-Quran. Dalam sebuah hadist bahawa pahala setiap huruf Al-Quran yang kita baca adalah sepuluh.
Apalagi di bulan Ramadan yang penuh berkah, tentunya akan dilipat gandakan beberapa lipat. Selain itu jiwa dan hati mereka yang mengamalkan akan selalu dalam keadaan tenang. Rasulullah SAW bersabda:-

"Orang-orang yang berkumpul dalam masjid dan mereka membaca Al-Quran dan mempelajarinya bersama-sama, maka kepada mereka aan diturukan ketenengan jiwa, dilimpahkan rahmat, dikelilingi malaikat dab nereja disebut-sebut Allah di antara orang sekitarnya.." 

(Riwayat Bukhari)

3. I'tikaf di Masjid
Sebuah kegiatan yang dilaksanakan di dalam masjid. Kegiatan ini diisi dengan beberapa amalan ibadah lainnya, seperti tilawah Al-Quran, dzikir, mendirikan shalat sunnah dan lain sebagainya. Dalam sebuah riwayat, Rasulullah SAW selalu melaksanakan I'tikaf. Apalagi di sepuluh hari terakhir bulan Ramadan.

Hal tersebut terlihat dari sebuah hadist yang diriwayatkan dari 'Aisyah ra. bahwa Rasulullah SAW ketika menyisir, beliau hanya mengeluarkan kepalanya saja agar bisa disisirkan oleh isterinya. Sedangkan badannya masih ada di dalam masjid agar tetap dalam keadaan I'tikaf.

4. Shadaqah
Shadaqah juga merupakan salah satu amalan mulia yang sangat-sangat digalakkan oleh Islam. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-


"Shadaqah yang paling utama (afdhal)adalah shadaqah di bulan Ramadan." 

(HR Tirmizi)

Dalam hadist tersebut sudah jelas makna dan apa yang harus kita lakukan. Jika seperti itu, pasti di balik amalan ibadah tersebut ada pahala yang berlipat-lipat. Jadi tidak aneh lagi jika di bulan Ramadan ini, dengan mudah kita dapati orang-orang baik yang mengeluarkan hartanya untuk sedekah.
Mungkin tak usah jauh kita ke Indonesia. Di sekitar kita, khususnya di masjid-masjid, baik besar atau pun kecil akan menyediakan ma'idatu Rohman (Hidangan kasih sayang). Di jalan-jalan pun demikian. Tidak sedikit orang-orang Mesir, ketika mendekati waktu maghrib mereka bersiap di sisi jalan untuk memberikan makanan atau minuman kepada mereka yang berada dalam perjalanan (kenderaan). Serta tidak jarang, di antara kita (masisir) ada yang mendapatkan daging firah setiap hari untuk buka puasa.
Hal tersebut tiada lain, sebuah rasa sadar terhadap keberkahan Ramadan. Mereka benar-benar tak ingin tertinggalkan keberkahan bulan tersebut. Kerana mereka tahu, tidak ada jaminan untuk tahun depan kembali lagi bertemu dengan bulan suci Ramadan.
Semoga dengan mengamalkan amalan-amalan ibadah di atas dan amalan yang lainnya, kita termasuk orang-orang yang mendapatkan tujuan puasa tersebut. La'allakum tattaquun, iaitu predikat bertaqwa. Allah berfirman yang maksudnya:

"Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah yang paling taqwa di antara kamu" 

(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Ketika kita bertaqwa, kita pun akan menjadi orang yang paling mulia di hadapan Allah Ta'ala. Kita lihat seseorang yang dimuliakan oleh orang tuanya. Mereka diberi sebelum meminta, kebutuhannya selalu terpenuhi, hari-harinya tak lepas dari kasih sayang, selalu dilindungi. Itu mulia di hadapan manusia, apalagi di hadapan Allah Ta'ala?















Thanks for reading this. LIKE if u like. Do comment too :)

KakiBlog